September 27, 2012

Dewan Warisan Kelab Warga Emas, Seksyen 24

Majlis pertunangan pun dah sudah..jadi sekarang masa untuk urusan perkahwinan pula..kena plan awal-awal..kalau tak terkejar-kejar..banyak list yang kena buat...nak kena cari dewan, tempah pelamin, katering, photographer dan barang hantaran(x perlu booking, budget sendiri..:))..

"Nak kena cari dewan"??Nie sebab majlis perkahwinan kami nanti, dah decide nak buat kat dewan..untuk kedua-dua belah pihak sekali...boleh jimatkan kos skit...:)..Sebenarnya kami telah terlewat untuk booking dewan di area Shah Alam ni..boleh dikatakan kebanyakkan dewan telah penuh di booking untuk tarikh-tarikh yang menarik dan cuti sekolah..

Jadi, kami perlu cari dewan yang bersesuaian dan  mesti memenuhi syarat-syarat seperti berikut :-
  • Ada aircond
  • Keluasan mengikut budget masing-masing
  • Ada bilik persalinan
  • Dewan berada dalam keadaan baik
  • Harga yang berpatutan
Jadi, setelah survey, kami memilih Dewan Warisan Kelab Warga Emas yang berlokasi di seksyen 24, Shah Alam..berhampiran dengan kolam memancing. Dewan masih dalam keadaan baik, parking rasanya cukup kot...cukup syarat-syarat seperti diatas..

Tapi harga sewa dewan boleh tahan juga lah..RM3700 sehari...sesiapa yang ada ahli keluarga menjadi ahli kelab warga emas dapat diskaun RM500..tapi tak tau lah sampai bila-bila ke or untuk certain period je..tapi setelah bertanya dengan lebih lanjut dipejabat mereka(Office mereka bersebelahan dengan dewan tersebut)..kira ok lah..sebab harga sewa tu termasuk dengan meja bulat (40), meja buffet(x pasti) dan siap dengan alas meja serta kerusi..berpadanan dengan harga kot..bagi aku lah...:)

Berikut gambar-gambar yang sempat diambil..Kami dah booking dewan tersebut..kena bayar deposit RM500..:)

Pintu masuk.

 
Dirasmikan pada 30 Mei 2009. Baru lagi ni..

Bilik persalinan. Pihak dewan bagi 2 bilik.

 Ruang dalaman. Boleh tahan juga luas.